عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: مَنْ آَانَ یُؤْمِ ن بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ رواه البخاري ومسلم.

Terjemahan Hadith Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim).

"HIDUP MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Jumaat, 7 Oktober 2011

30 Adab Berjiran (Mesti Amal)


Hari ni saya nak kongsi 1 artikel yang penting. Ianya semakin dilupai. Ianya semakin menghilang sedikit demi sedikit. Ianya semakin tidak diamalkan dalam masyarakat kita hari ini.

Mengapa adab-adab berjiran ini semakin dipinggirkan? Sedangkan inilah yang agama kita (ISLAM) ajar untuk kita amalkan? Adakah kerana kita semakin moden, maka adab-adab ini sudah menjadi tidak relevan lagi? Benarkah begitu?Adakah manusia hari ini begitu sombong, angkuh dan hanya pentingkan diri saja?

Kita tak perlu tengok orang lain. Cuba renung dan nilaikan diri sendiri. Sejauh manakah yang kita telah amalkan adab-adab ini?

30 Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan

  • (1) Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

Rabu, 5 Oktober 2011

Mutiara Hati: Adab berjiran

SIBUK mengejar kemewahan material membuatkan ada antara kita tidak sempat bertegur sapa dengan jiran walaupun di sebelah rumah sehingga perhubungan menjadi hambar.

Kegagalan memahami konsep kejiranan menyebabkan berlaku perselisihan faham, bertekak dan bermasam muka, malah lebih serius hingga peringkat mencederakan dan membunuh jiran.

Selasa, 4 Oktober 2011

Hadith 40:15 - Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamu


Ini adalah hadith ke lima belas(15) dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan hadith ini dan mengambil pengajaran sebagai panduan hidup kita bersama.


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ ن بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.

Terjemahan Hadith