Terjemahan Hadith
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim).
Perkara-perkara yang perlu dihindari semasa menziarahi jiran ialah seperti berikut:- 1. Tidak memberi salam 2. Mengusik barangan di dalam rumah jiran 3. Mengumpat 4. Masa yang tidak bersesuaian 5. Menjatuhkan maruah tuan rumah 6. Bercakap dengan kasar