Terjemahan Hadith
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim).
"HIDUP MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"
Selasa, 6 Disember 2011
ADAB MENZIARAHI JIRAN
PENGERTIAN:-
-Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
-Menziarahi jiran bermaksud melawat orang yang tinggal berdekatan dengan kita untuk mengeratkan perhubungan.